Entri kali ni aku xda gambar baru. Rileks jap. Aku tunggu cuti sekolah je.. Tu pon tunggu kawan2 kawin. Aku buat sekadar hobi n medium untuk belajar. Kat sini aku nk luahkan sikit ape yg aku nampak pada suasana/trend sekarang. Sedikit kecewa la.. Tapi ianya boleh dirawat sebelu jadi lg parah. Ni khas buat mereka yg memegang DSLR dan masih mentah cam aku.

Cite sket.. Kalau aku dpt output gambar yg cantik aku puas hati. kalau xcantik aku akan study cara mengatasi masalah2 yang boleh men tak-cantikkan gambar tu. Disini adalah satu proses belajar yang aku amat gemari dimana kita berusaha sendiri bukan disuap oleh guru2/otai2/kawan… Apabila kita yang menggali sendiri ilmu tu, kita akan lebih menghargainya. Jika kita belajar sendiri pon masih susah nak paham konsep photography ni barulah kita cari rujukan pada guru2/kawan2/otai2.

Ade sesetengah kelompok terutama di kawasan bandar, yang terikut trend BERkamera dan BERphotography dengan gaya yang paling PRO. padahal basic pon hamperh. Yang aku tau photography ni satu hobi,cabang kerja.

Secara jujur, aku meminati bidang ni dari tahun 2006. Tapi mana mampu yob. Mahal woo menatang ni(bagi aku la). Pada tahun 2007 baru la mampu mamiliki kamera kompak olympus. itupon 2nd hand. Dr situ belajar cari angle dan compo yang menarik. Ahamdulillah 2008 bila dah kerja barulah layak memiliki kamera DSLR sendiri. Walaupun D40 2nd hand tapi cukuplah untuk amatur cam aku. Aku hanya memiliki D40 dengan kit lens serta speedlite sigma yg beharga sekitar 600. Bertapa susahnya nak beli… Ramai yg berada xrasa payah cam ni. tambahan student skrg. Cakap je kat mak bapak sbb slalunya kat U diorg ade subjek photogrphy ni. Tapi golongan begini tidak menggunakan kelebihan(kemampuan-keewangan) yang ada ke arah yang lebih manfaat. snap n simpan. takda ape yg dibelajar dr walaupun sekeping gambar? Alangkah baiknya jika kita belajar memperbaiki setiap kemahan skill bergambar yg kita ada.
Xpercaya boleh tanye brader2 otai2 photogrpher kt dunia ni. Camne susah diorg dapat kamera SLR. Dh ade SLR camne diorg cari ilmu? Susah woo…

Ni cara aku. kalau ianya bermanfaat, ikotlah. kalo rasa buang masa baca, eloklah klik link2 hiburan gosip sensasi camni je.. Cara aku senang aje.. Gunakan seMAXSIMUM barangan kita yang MINIMUM. Maksud aku, Belajar setiap function kemera kite. Cth: Belajar guna setting Manual. Kat sini kita terpaksa berlajar konsep asas DSLR. Lupakan setting Program/Auto dsb sebentar. Kasi paham ape tu iso, shutterspeed, ampture. Ini penting bila kita menghadapi masalah camna kita nak buat sekiranya kita terpaksa berfoto didalam keadaan yg kurang cahaya dan dilarang gunakan flash. suasana ni aku lalui time shot kt teater. Dahla xda tripod dan 1st time buat wedding kat umah kampung yang takde syiling n atap zink . masalah ni org kat bandar xdapat rase. Diorg sume da ade kecanggihan. Kite di kampung2 camna? Payah? Tak paham? goggle jela… tinggal kite je xnak n malas membaca. Melayu memang sinonim ngan malas membaca. yg rajin baca novel2 cinta. Aku pon camtu gak. tp aku novel2 cinta pon xbace. hehe. tp dlm proses berubah kepada rajin membaca. Membaca jambatan ilmu, xbace, jambatan pon tade. cmne nk ke seberang sana? hehehhe.

lg satu sebelum aku abis luahan, nasihat aku ni.. Jadikan ianya hobi. bukan sekadar kerja(jika kerja dibidang ni) Jangan sia siakan apa yg kita ade. Sentiasa mengkaji ilmu didalam bidang ni.. Malas membaca cuba lah tanya2 mereka yg arif dalam bidang ni. Sonok bila kite dapat ilmu 2. Xcaya cubalah. kalau ni pon malas, bagi jela kamera korang kt mereka yang tidak berkemampuan tapi mempunyai minat yang mendalam dlm bidang ni. Dapat pahala gak dari dok melopong tgk gambo je. Bila kita gunakan beli barangan ini yang mahal dia boleh terbahagi pada 2 kesimpulan. jika kita abis beribu2 ringgit dan berjaya menafaatkannya ianya menjadikannya HOBI. Jika kita hanya mengabiskan duit ini dan hasinnya tiada, atau separuh jalan hasilnya ialah MEMBAZIR. hehe

sekian.. terima kasehh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *