gua2
Dah lama tak update blog ni.. Oleh itu saya masuk sket benda ilmiah ye..
Ini adalah tip saya bagi mereka yang ingin mencari jurugambar. Pemilihan jurugambar adalah penting untuk kepuasan seumur hidup. So pastikan anda cerewet untuk kepuasan dan nilai wang anda.
1. Mesti cari jurufoto yang pakai kamera digital Canon atau Nikon. Jgn ambik film.itu yg kira ikut roll.
2. Mesti cari pakej yang shoot unlimited/500-1000 keping gambar bergantug kepada berape hari.
3. Mesti cari pakej yang ada custom album dan juga normal 4R dgn sticky album – kepuasan tgk gambar adalah pada gambar yang banyak2 maknanya sticky album, custom album tidak dapat memuatkan semua.
4. Pelamin jgn bubuh di luar rumah. – cahaya cantik kat dlm bila bounce.
5. Jangan buat di dewan kalau boleh dgn bumbung yg tinggi.Bila bounce flash tak sampai. Kalu buat gak kat dewan carik photographer yg ada lampu payung. Orang gila je bounce kat dewan. :-)
6. Minta sample photo dari jurugambar anda atau ada mana2 galeri tengok gambar dia. Sama ada muka merah menyala atau kaler kulit biasa, kalau muka merah menyala maknanya white balance tak betul. Lebih kaler sikit takpe sbb kedai gambar print kurang kaler tapi jgn sampai muka orang merah nyala.
7. Minta tgk gambar posing pelamin, ini penting kalau tidak anda tidak ada gambar atas pelamin yang cantik.
8. Tanya jurugambar lense apa, jgn ada satu lense aje. Kalau ada L atau 2 L untuk canon adalah sgt bagus. sbb gambar ada dihasilkan oleh kaca yg bernilai beribu ringgit. Mcm gambar2 saya di bawah.Kalau boleh ada lense telephoto, dan middle range zoom lense mcm 17-40f4L.
9. Sesetengah orang tidak suka gambar penyek termasukla pasangan anda, so minta jurugambar jgn pakai fisheye. Sesekali boleh tapi takmau banyak2 fisheye. Fisheye akan stretch gambar anda.
10. Minta andam anda tolong posing sikit2 sbb anda bayar andam anda. Kadang2 andam kedekut posing sbb tak ambil jurufoto dia.
11. Cari jurufoto yang tak kisah berapa lama jarak masa so anda boleh buat Outdoor.
12. Cari jurufoto yang punya gambar angle yg betul dan angle yg tak tercapai oleh kamera compact point and shoot.Maksudnya gambar dia kreatif, gambar posing atas closeup level mata dgn subjek, low angle cam dr bawah. Dr atas boleh untuk gambar tertentu tapi tak bagus untuk pelamin.
13.Family. Jangan lupa bergambar dgn semua keluarga atau adik beradik di atas pelamin.Nanti keluarga complaint. Make sure photographer ambil juga gambar ibu ayah layan tetamu. Kalau boleh adik beradik sekali.
14. ada extra mcm background bagus tapi tak perlu pasal sempit majlis kahwin ramai orang. Pelamin anda yg ribu2 itu lah background terbaik utk gambar kahwin anda. Kalau ingin ambil gambar berbackground baik pegi studio.
15. Kalau ada 2 orang jurufoto make sure mereka dah bahagikan tugas bergantung pada lense. Kita takmau gambar yg sama dr angle yg sama. Sorang boleh ambik artistic shot, sorang boleh buat normal shot. Atau sorang boleh ambik gambar tele shj dan sorang lagi cover pengantin shj.Kena plan shots kalau ada 2-3 photographer.
16. Sentiasa layan jurufoto anda dgn baik, dah makan belum dan jangan lupa tapau dan bagi beg hadiah.
17. last sekali pilihla kaler baju yg sesuai. macam purple memang cantik dlm gambar.purple bukan pink. merah cantik jugak tapi bahaya muka pun jadik merah kalau photographer tu tak endah benda white balance ni.

Dalam tips diatas ada yang setuju. Hanya pandangan peribadi sy shj. hehhe.. Harap bermanfaat. Thanks

Sumber: pdphotographer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *