Assalamualaikum. Jumpa lagi kita… Entri kali ni xda gamba2 menarik. Aku hanya nak bicara fasal trademark atau kata ibundanya cap dagang.. Ok.. Kebiasaannya trademark di masukkan didalam artwok mempunyai beberapa alasan iaitu:

  • menggelakkan menyukarkan hasil kerja diciplak.
  • memberi identiti kepada hasil kerja kita
  • supaya mudah dikenali
  • bersifat profesional dengan hasil kerja(memiliki hak rekacipta dalam undang-undang)

dan beberapa sebab lagi yang boleh anda tambah sendiri. Ianya menjadi ikutan segenap pengemar seni. Sapalah yang mahu hasil kerja dicuri atau diciplak dan kita sebagai penciptanya dinyah milikkan. Kita yang penat2 menghasilkan karya, si malaun mane ntah mengaku itu hasil karya kreatif dia. Kalau aku di dalam situasi ini, aku ta’ kan marah setelah beri penampar vietnam kepadanya. Ok. berbalik pada tajuk diatas, aku dah membuat tradamark baru untuk karya digitaldarkart khas didalam hosting sendiri. Dunia baru, cara pon kena baru. baru la segala-galanya segar dan baru.

Kalau diperhatikan trademark lama agak simple dan mungkin membosankan. Tetapi inilah trademark yang aku suka. Agak sesak dengan trademark yg grand2 tetapi karya bad lagi hampeh. Itulah langkah aku pilih sebelum ini. Biyo pape asei bergaye. Biyo simple asei lawo. Hahaahahaha..
Setelah dipikir-pikir, aku kena cipta trademark yang baru bagi mengikuti peredaran zaman dan mata kita tertarik dengan kelainan dan keunikan. Dengan itu aku menghasilkannya. Konsep yg aku pilih adalah identiti dalam kacau bilau. hurai dan ceritakan apa yang anda nampak disebalik trademark baru ini. Diingatkan, digitaldarkart mencintai seni kecantikan didalam kegelapan. Tutop lampu sekarang. hahahah

Trademark ini telah diadaptasi dan digunapakai didalam entri perkahwinan Hafiz dan Zuriana… Sila nilaikan keunikannya.. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *