boat copy

 

reboat

Bila diri dilanda boring, Otak cuba mencurahkan idea yang gila-gila. lalu hasil lah karya yang di luar fikiran aku. Aku suka bereksperimen dengan benda yang jarang orang buat. Aku ni jenis yang susah mengikut orang.. boleh kira out of date la.. Orang dulu ikot style GQ. aku xminat. Orang sibuk rambut pendek, spike or tenyeh ke tengah dan mencanak ke atas (ala-ala mohok,trojan) aku juga xberminat. orang pakai seluar baggy aku pon xberminat. kasut konverse la pa la juga aku xmau mengikut. hasilnya aku yg out of date tapi aku happy cmni. Rambut panjang sikit je. Tiset n jeans lusuh(straight cut) koyak2 sikit pasal dah lama, bukan fasyen. Kasut? Xpakai. selipar getah gerbang malam RM7. Hahaha… Eh.. Ni bukan nak story pasal aku.. Aku nak story fasal artwork sebenarnya… Sorry..

Ni hanya hasil dari ekprimentasi dan khayalan aku apabila tangan aku menari-nari mengikut kehendak fikiran,hati dan niat aku.. Pelik. Bukan minta ianya terjadi.. Mintak dijauhkan.. Seni itu terlalu luas. ok. Ni hasil gabungan beberapa sudut pandang pemandangan sekitar pulau perhentian yang aku tangkap gambar pegun dalam tahun 2010. Aku cuba mengabungkan beberapa gambar dan hasilkan sedikit impak bagi menarik lagi penceritaan.

Kat sini aku suka bagi anda semua berfikir dan melihat dan menghayati hasilan artwork ini. Ibarat kita melihat pameran lukisan abstrak di ruang legar pameran Universiti Teknologi Mara, Sri Iskandar. Sambil melihat kita juga boleh berfikir sejauh mana ke-real an dan ke-tidak logik an hasil seni itu. Kadang-kadang kita boleh membaca satu cerpen dari hasil garapan seni karya ini. Semuanya bergantung pada mata dan kekreatifan,kritis fikrah kita. Hayatinya.. Sekian.. Nak tidur jap.. Byee.. Wasaalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *