Berikut adalah serba sedikit beberapa gambar untuk tatapan anda di majlis perkahwinan diantara Eza Eliya dan pasangannya Pakiezal. Majlis ini berlangsung pada 19 April 2014 dan majlis dimulai dengan majlis pernikahan antara mereka berdua dan diteruskan dengan majlis persandingan. Secara keseluruhannya,
semuanya berjalan dengan lancar tanpa masalah yang merumitkan dan mengganggu aturcara majlis.
Fotografer: Mohd Razalli Mohd Alwi
Olahan Grafik: Syed Yunus
Hakcipta: Digitaldarkart Creative Works
Majlis diselang-selikan dengan sesi bergambar bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.Banyak moment dan saat manis berjaya dirakamkan sepanjang majlis berlangsung. Sesi bergambar diakhiri dengan sesi outdoor yang sederhana dan diharapkan ianya sangat bermakna untuk mengimbau kenangan dimasa akan datang.
Ini akan menjadi sejarah yang manis walaupun sederhana kerana nilai sejarah serta kenangan ini tidak boleh dibeli dan diundurkan masa untuk dirasainya lagi.
Terima kasih kepada pengantin, tuan rumah dan pada sesiapa sahaja yang telah mejayakan majlis ini secara tak langsung melicinkan kerja kami. Semoga kalian semua diredhai Allah S.W.T dan diberkati sehingga ke hujung usia.
Terimakasih daun keladi khas dari kami digitaldarkart. Ada jodoh, jumpa lagi. Salam